October 6th, 2008 by jkphotographer
asal maner jer aku pegi…,orang mesti tanya aku ” afiq kau skang wat apa” ? “aku nmpk kau releks jer… xpenah bekerja ka ?” dari habis sekolah aku nmpak kau cam tak penah bekerja …,apa projek kau nih…? soalan fovarote dari teman -teman yang jarang2 jumpa… mana tak nya aku nie asik dalam kandang saja ( cari makan tempat sendiri ) nak aku cakap dengan lagak aku nie bukan ada apa nak dilagakkan erm cuma kengkadang rezeki aku agak murah pasal aku senang mencari rezeki …, igat nak further study tapi maklumlah dah besa pegang ringgit dah jadik maleh lak nak blajaq … tipulah la aku klu aku kata aku tak presure orang lain ada dip la degree la aku nie ada apa …., SPM aje tapi aku ader wawasan aku nak semua yang ader degree dan diploma tue nanti akan jadi staff aku huhuhuhuhu xperla insyaalah suatu hari nanti…..
buat kengkawan aku yang jauh aku skang nie dalam pembelajaran dari pengalaman dan pengalaman aku itu akan menjadikan suatu resepi aku untuk jadi seorang yang berguna P/s mungkin korang anggap aku mat lepak jer HUHUHU releks3 sudey kan
skang nie aku kat seri kembangan bekerja sebagai seorang jurufoto studio merangkap pembantu dan pencuci dan pelbaagai lagi kerja korang semua insyaalah suatu hari nanti akan berguna gak pengalaman nih …, walaupun aku skang nie amat tekanan dengan skop kerja aku yang tak tentu arah nie akan membuatkan aku jadi seorang yang cerdik skit suatu hari nanti untuk menjadi tauke yang prihatin kepada staf supaya jangan kedekut sangat nak amik pekerja
dan pengajaran yang aku cuba sampaikan nie supaya suatu hari adik2 korang anak korang baca blog aku nie akan mengambilkan pengajaran supaya dari sek ader la perancangan dimasa hadapan HAHAHAHA lama giler tak mengarang citer agak beterabur isi2 daN PENGERTIAN DIDALAM penulisan blog nie
jkafiq
071108 1253am
Posted in Uncategorized | No Comments »
April 11th, 2008 by jkphotographer
dah lamer aku tak nulih atau updated photoblog atau fs aku nie yalah maklumlah bukan satu blog aku jaga yang pertama sekali untuk perniagaan aku lebih kerap meng upload fotopages aku htp://jkafiq@fotopages.com.my ….yang kedua aku terlalu sibuk ngan kerja …..biasalah dalam permulaan nak maju kena lakukan banyak perkara supaya tidak ader sistem yang lemah dalam syarikat ….lagipun aku pun dah xder meterial nk ditulih maklumlah aku nie bukan penulis yang bagus kengkadang terdetik gak dalam hati aku korang faham ker aper yang aku tulis hehehehehe apapun aku tetap akan menulis journal perihal pengalaman aku dan penglihatan aku erm …………………pagi td sebelum aku gi ker studio sempat gak aku ber ym ngan sorang clasmated aku dulu namanyer……xperla nnt aku citer sebab kata dier aku yang dikalangan kengkawan kelas tahu so aku anggap mungkin dier nk simpan sebagai rahsia…..yelah maklumlah perkara nie belum boleh jadi tetapi tujuan nya baik ….k si syyyu ops nasib baik tak terlepas hehehehe . k mulanyer setiap pagi aku selalu menyapa member2 yang baru on9 di ofis diorang tetapi maser aku nk on9 dier nie aku cam teringat plak satu buku yang maser dah nk abis sekolah dulu kami ader ader isi……untuk contack number dan kata-kata perangsang dan pelbagai lagi istilah ader yang tulih pantun ader yang tulih sajak macam-macam tp si dier nie ader tulih satu ungkapan yang dalam maksudnyer aku memang suka pada ayat yang dier tulis tue….bunyinya camgini
"setiap pertemuan yang indah akan berakhir perpisahan yang sedih tetapi perpisahan yang sedih itu mengajar untuk kita menghargai setiap perhubungan itu"
erm aku nie bukan lah pandai sgt nak menilai tetapi bagi aku , dalam perhubungan selalu terjadi perbalahan meskipun teruk salah faham klu kita ikutkan balik diantara dua faktor boleh menjadikan kita berbaik balik ialah dengan menilai balik kebaikan pasangan dan keakraban pasangan sebelum itu
Posted in Uncategorized | 1 Comment »
February 4th, 2008 by jkphotographer
hahaha aku nie adalah mamat yang kuat berangan,korang tau aku nie klu xberangan xleh nk tido tapi bagi aku sebenarnaya aku bercita-cita tinggi(masa belajar xpenah ada cita-cita sebab mase tue happy go lucky pastu duit mak bapak pun dok bagi dan xde impian sebab xde problem sgt idup aku masa tue )tapi selepas aku kuar alam persekolahan erti wang ringgit menyebabkan aku memasang angan-angan…..pekerjaan dalam banyak perkerjaan yang aku penah buat dan yang paling masyuk adalah menjadi seorang usahawan burger bayangkan sebulan leh simpan 5, 6 ratus tue….orang makan gaji pun xleh nyimpan byk tue tp cukup je 3 bulan aku pun draw gi joli mase tue xmatang lagi klu nk citer gift kt gf mase bithday pun mana ader 2 3 ringgit nyer nilai ,kurang-kurang 5 6 rat punya perfume xkisah bagi nnt dier sayang lebih pergh slah tafsiran , skang baru tau bodohnya aku maser dulu skang nie bdak perempuan tue pun dah kawin ngan sesape tah….aku nie aper yang dapat simpan resit buat kenangan je la, tp xpelah harap dier bahagia bukan aku yang tinggal dier, dier yang tinggal aku …..padan muka kt aku ajar orang ngan duit dan barang mahal dah terlambat nk kesal….. hmm ….and klu perkerjaan paling syok dan enjoy plak menjadi seorang despatch sebab byk aku leh jumpa awek ,hehehe klu despatch x byk awek tak tau la…. tp korang jangan salah sangka aku nie spesies yang setia pada satu …kawan perempuan maser kerja besa-besa je ,pasal syng kt gf perfume tue aar bodohkan….adoi nie la xleh teringat terus jk @jiwa kacau ishhhhh tukar citer xnk citer bdak fulan tue ……okey lah ader la satu perkerjaan yang paling membosankan tp bulih aku berkarya dan membuat taik mata dan byk dihabiskan dengan membaca plak ….perkerjaan sebagai penjaga kaunter parking letak kereta disuper kinta ipoh, time kerja lapan jam, maser xbyk keta habis novel sharifah abu salim aku baca siap bulih bat comment kt writer lagi ,dh aar tue ader budget disediakan utk expances kat novel tiap-tiap blan ,giler dah la mahal abis duit aku …klu keluaran krangkraf mmg aku beli…. tp skang nie dah lama xbacer novel sebab aliran pembacaan aku byk ke journal sejarah dan bahan-bahan ilmiah je…dan isue semasa
perkerjaan yang memberikan aku byk pengalaman dan keberanian berkominikasi adalah salesman syarikat water filter katadyn …berjalan satu semenanjung malaysia, dh tue berblan blan out station ,kerja buat sales nie byk kena klentong sana-klentong sini tp depend kepada salesman la klu dier nk goren citer product yang dijual tue camne pun janji jgn menipu customer dengan janji kosong benda yg xleh dikatakan leh ,..okey aar byk lah gak aku bertukar-tukar kerja tp lum ader yg bulih memberikan aku kepuasan kerja , kerja di kedai serbaneka 7 eleven…. kerja sebagai koordinator jualan di sebuah company bumiputra pun penah tp blum sebulan bankrup pasal tak setel wang kwsp perkerja tokey kena sue….giler terus bangkrup dasyat ooo klu korang nk jadi majikan duit kwsp jangan rolling duit kwsp bahaya giler xda maaf bagi mu…..kerja sebagai buruh pun penah sebagai kerja tukang cat pun dah yang berkaitan masak-memasak aku jadik tukang goreng cucur udang, kedai tomyam goreng-goreng nasik dah berkerja ngan minyak hitam dan spana sebagai mekanik pun penah kereta rosak lagi rosak hahahaaaa ,klu nk diikutkan dulu abis sekolah aku ambil kursus elektrikal anjuran cidb tp mmg la aku bulih buat yang heran aku xpenah lak kerja wayerman smpi skang klakar kan…..sebab mungkin aku xminat langsung wiring tp aku still igat apa yang aku blajar tue…..cuma nk bat bidang kerja munkin tak kot….,dan yang paling berharga dan mempunyai nilai sentimental adalah berkerja sebagai propmaster disebuah syarikat drama di sm mohan filem production best wooo byk duit…. byk kawan banyak maser campur ngan artis pengarah pastu aku ambil keputusan tinggal kan bidang tue pasal…aku nyaris nk tengelam dengan kepopulariti sebagai crew nasib xterjebak dengan dadah pempuan arak dan yang paling takut tulah dadah popular dikalangan crew adalah ice batu methafaminth sebab kerja kenkadan 3 4 ari tak tidor benda tue kasi tak ngantuk aku terselamat tp aku ralat member yang aku dah anggap macm abg aku terjebak dier la yang cover aku maser kat club dari dituba pempuan sundal dengan arak kesian anak dier dh masuk tiga kena tangkap sebagai pusher plak skang nie dier adalah furgutive aku nk tolong xpi xdaya penagan dadah tue menangis aku memikirkan nak anak dier yang kecil pastu kak ida kesian tp aku xleh bat apa-apa insyaalah aku cuba bat sesuatu …..alhamdulilah aku skang nie focus photographer je….sejak gf aku kawin ngan mamat lain hati aku hancur dan kemunculan brother fairuz photographer mase kawin kakak aku dtg membawa minat aku kearah wedding photography dan aku berikrar ini adalah sumber rezeki aku yang akan aku cuba bertahan sampai aku berjaya
Posted in Uncategorized | No Comments »
February 1st, 2008 by jkphotographer
Story about me……
My children story part 1/1
Saya ingin andaikan korang ingin mengenali saya lebih lanjut….atau tidak, apapun saya ingin menceritakan tentang diri saya , Saya Afiq Iqbal B husin anak kedua dari 6 adik beradik dan juga sebagai anak sulung lelaki yang mempunyai seorang kakak dan 3 adik perempuan dan seorang adik lelaki bongsu…kehidupan pada zaman kanak-kanak saya seperti orang lain Cuma mungkin saya ini seorang yang kuat memberontak yelah saya mendapat adik lelaki yang bongsu pun bila dah berumur 17 tahun mungkin saya ini terlalu dimanjakan sebagai anak lelaki tunggal ,dulu apa saja keinginan saya selalu dipenuhi walaupun saya tidak merasakan begitu ,kerana saya masih mentah menilai kesusahan….jika dulu nak dibandingkan saya adalah seorang budak yang tidak pernah ambil pusing tentang pelajaran dan betapa bersyukurnya saya mendapat kedua ibu bapa yang amat mementingkan pelajaran dan perkembangan ilmu …….abah memang selalu advance dari ibu bapa yang lain didalam pengatahuan ilmiah dan it….bayangkan pada masa itu kanak-kanak seangkatan saya masih tidak kenal apa itu computer apatah lagi mengunakan internet abah saya telah mempunyai sebuah computer dirumah yang bagi saya hanya untuk permainan computer….buku buku yang tersusun didalam mini library mengikut tajuk dan ilmu bagi saya ia seperti barang perhiasan ….,saya selalu disuruh belajar dan sentiasa dimarah jika bermain tanpa menghiraukan kata abah dan selalu melawan cakap mama kerana tidak tahu sebab mereka memarahi……..itulah saya budak yang tidak makan saman…….
Sekarang umur saya telah memasuki 23 tahun dan saya melihat cermin kehidupan zaman kanak-kanak saya pada adik bongsu kesayangan saya,Alimi hilman b. husin
gelagat sibongsu ini betul-betul memeningkan kepala bayangkan dulu saya lebih dari segi material…dan kewangan tapi sekarang zaman berlalu pantas dan maju bukak ja mata sibongsu nie dia telah disediakan astro yang mempunyai kartoon sepanjang masa ..internet yang menyediakan games free….. kedai dvd dan movie belakang rumah je…..adoiiiiii budak nie terlalu dimanjakan sangat sampai sekarang dah masuk darjah tiga masih tak tahu baca.tapi yang peliknya bahasa inggeris tahu plak dia speaking….macam air lak tue apa nak buat dah adik….nak marah dier penghibur hati….apapun dier adalah tanggungan saya yang sampai saya dah kawin beranak pinak dier tetap tangungjawab saya kerana dier dilahirkan istemewa ..cacat angota dari lahir ,kakak-kakak dier klu dah kawin dah menjadi hak sisuami mereka ,tapi dier nie akan sentiasa dibela oleh saya……….. sebenarnya saya tidak mempunyai cerita yang menarik pada zaman kecil kerana cerita-cerita menarik saya bermula selepas habis persekolahan dan semasa zaman persekolahan saya nie gahib dan tidak glomour seperti anda semua saya seorang yang tidak aktif tetapi cerita saya bermula selepas menghabiskan zaman persekolahan iatu zaman remaja saya hehehe mungkin saya akan sambung kendian hari klu ader kesempatan……cerita zaman rock…zaman bercinta,,,zaman down….dan zaman cameback tentang diri saya
jk
Posted in Uncategorized | 2 Comments »
January 31st, 2008 by jkphotographer
hi timer kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca nukilan post saya yang tak seberapa nie
pembukaan tahun 2008 nie membuatkan im so nervous couse in this years my target it so big ,,,takut2 tersalah plan, yelah as a man umur pun dah masuk 24 klu tak carik duit apa yang nak dibanggakan oleh saya dan keluarga as you all now saya adalah freelance photographer yang bergantung pada bisness photography wedding dan selalunya bisness ini bermusim ,jadi untuk menambahkan pendapatan saya yang berduit pun bermusim, saya mengambil risiko menyewa sebuah trak tunda untuk partime job dan sememangnya diakui ia boleh menambah rezeki saya dan duit hasil duit dari photography langsung tak diusik,saya berharap dalam tempoh beberapa bulan lagi ia akan berhasil selain itu saya juga boleh menjual gambar yang hangat seperti gambar kemalangan maut dan dijual kepada press dan jika rezeki lebih kemungkinan ada peluang untuk saya jual gambar kepada lawyer yang mengambil kes untuk mencari kesilapan teknikal akibat kemalangan bergantung kepada kes jika mereka membawanya ke mahkamah……
apapun saya terlalu berharap korang sebagai kawan saya yang lama atau pun yang baru berkenalan mendoakan kejayaan saya dimasa hadapan dan saya pun akan sentiasa mendoakan korang sentiasa berjaya dalam apapun bidang korang ceburi…tahun lepas pahit manis saya mungkin akan dikenang dan menjadi kenagan pahit bahan yang tercatat dalam hati saya jika nak diceritakan dalam kegagalan bercinta kegagalan berkarier dan tercari-cari arah tuju dan itu semua berkaitan dengan kejayaan sementara saya sekarang ini berkaitan dengan peristiwa tahun lalu ,….saya ingin menasihatkan kepada anda yang mungkin yang baru mengalami masaalah kehidupan atau jiwa anda sekarang kacau @jk perkara yang perlu ada adalah kesabaran biarkan masa mengubati anda biarkan luka dihati korang itu sembuh dengan sendiri insyaalah ia akan hilang dan jangan mencari sesuatu yang boleh merosakan, jika ingin berbicara tentang kedukaan cari sahabat yang memahami betul-betul diri anda supaya dapat kita meluahkan perasaan, yang penting selalu ingat kepada dia yang satu doa dan sembah lah dia dan bercerita lah kepada dia iatu allah. semua itu adalah dugaan untuk diri kita, jangan sesekali merasa dugaan yang kita hadapi lebih hebat dari orang lain kerana ada yang lagi teruk dan ada yang tidak terselamatdari dugaaan itu ,….selamatkan lah dari dugaan yang sementara ini

ini adalah pengalaman dari saya…dulu semoga nukilan cerita mendatang dan yang lepas menjadi inspirasi kepada u all dan saya sanggup mendengar membantu memberi pendapat dan nasihat kepada anda semua jika mengalami masalah masalah jiwa kacau
Posted in Uncategorized | No Comments »